Tentang Satay

Biasanya orang tak nak bercerita tentang pemilik, tapi orang nak tahu kenapa mereka mesti merasa satay yang ada kat sini

Cerita Kita - Satay Seringgit - Tanjong Bidara Melaka

Resepi Asli

Satay yang diwarisi turun-temurun

Tidak mahu bercerita panjang, resipi Satay ini diwarisi turun-temurun. Ada ahlli keluarga yang menjual Satay yang menggunakan resipi yang sama ini namun lokasinya tidak diketahui.


Keseriusan untuk menjadikan hidangan ini dapat dinikmati oleh semua peringkat, direalisasikan oleh sebuah warung yang bermula di Tanjong Bidara, Melaka.


Para pelancong dialu-alukan untuk mencuba, agar nama negeri Melaka kekal sebagai kenangan manis apabila kembali ke kediaman masing-masing nanti.

Pilihan Ekonomi

Kenapa nama Satay Seringgit

Ramai yang teringin nak menikmati hidangan seperti Satay, tapi kita sedar, keadaan ekonomi yang mencabar saat ini, ramai yang kecur air liur bila lalu depan kedai Satay.


Justeru, di sini terdapat Satay Ekonomi untuk dinikmati oleh para pelanggan. Dengan tidak mengurangkan kualitinya, Satay Ekonomi dinamakan Satay Seringgit agar dapat memberi peluang lebih ramai untuk nikmati Satay dan harganya memang Seringgit!